aku hanya hambanya

"Ya Allah berikanlah kitabku(amalanku)dari sebelah tangan kananku dan jangalah Engkau berikan kitabku(amalanku)dari tangan sebelah kiriku"

Saturday, November 26, 2011

1433 hijri

Alhamdulillah..hari ni bermulanya lembaran baru dalam kehidupan seseorang umat yang sentiasa meminta dariNya........Pada hari ini marilah kita bersama-sama berhijrah...ooppss..bukan hijrah perpindahan nabi ye tapi......hijrah ni banyak makne...hijrah yang saya ingin katakan hari ini ialah perpindahan...yakni hijrah dari semua perkara buruk yang telah kita lakukan kepada sesuatu yang lebih baik tatkala bermulanya lembaran baru ini...apapun..salam awal muharam dari saya...
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a: " Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya:" Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT."
( Riwayat Al-Bukhari)
Dengan hijrah, hati, perkataan dan perbuatan kita akan menjadi bersih dari segala maksiat, dosa dan syirik seperti kisah khalifah Umar bin al-Khathab r.a yang menarik untuk kita renungkan bahawa beliau sebelum memeluk Islam dikenali dengan julukan "penghulu para pelaku kejahatan", namun setelah berhijrah, beliau menjadi pemimpin yang disegani, tawaddhu' dan suka menolong orang miskin, menjadi tonggak bagi berkembangnya agama Islam. Hakikatnya hijrah sangatlah berat, kerana di samping harus memiliki kesabaran, kita juga dituntut memiliki keteguhan aqidah dan keyakinan agar tidak mudah termakan dengan pujuk rayu dan godaan dari kenikmatan dunia yang fana.Marilah kita sama-sama melakukan hijrah diri. Hijrah yang dapat mengubah hati dan jiwa kita. Hijrah yang dapat meruntuhkan keegoan dan sikap takbur manusia. Hijrah yang dapat meruntuhkan hati dan jiwa yang keras. Hijrah yang memberi kesedaran kepada kita bahawa segala yang kita lakukan di dunia ini adalah semata-mata untuk mendapatkan cinta dan redha Allah.
 
Lakukanlah hijrah diri ini ketika kita masih mampu melakukan amal ibadat. Lakukan hijrah tatkala Allah memberi kelapangan masa dan kesihatan kepada kita. Lakukan hijrah diri ini ketika diri masih diberi peluang. Lakukan hijrah diri ketika diri masih muda. Lakukan hijrah diri ini tatkala nyawa kita masih belum sampai di halkum. Kelak, jika hijrah diri ini tidak disambut, kitalah manusia yang paling rugi dan paling malang di dunia dan di akhirat.
Marilah kita berhijrah bersama-sama!

No comments:

Post a Comment