aku hanya hambanya

"Ya Allah berikanlah kitabku(amalanku)dari sebelah tangan kananku dan jangalah Engkau berikan kitabku(amalanku)dari tangan sebelah kiriku"

Thursday, October 27, 2011

Untung Mencintai ALLAH...

Menjadikan Tuhan sebagai cinta agung adalah jaminan kebahagiaan dan keselamatan hidup dunia dan Akhirat.Roh semulajadi manusia ingin disayangi dan menyayangi, ingin dikasihi dan mengasihi serta ingin dicintai dan mencintai. Perasaan sayang manusia tiada terhad sesama insan semata tetapi meliputi semua makhluk sama ada yang bernyawa sayang pula diberi hanya sesama manusia, tidak kepada benda. Ini yang membezakan di antara 'sayang' dengan 'kasih sayang'. Manakala perasaan cinta pula walaupun tidak salah diberikan sesama makhluk tetapi cinta paling agung hanya layak diberikan untuk Tuhan.

Menyintai atau ingin dicintai oleh manusia bukanlah kemuncak cinta atau cinta agung, kerana cinta sesama manusia tidak kekal. Paling lama sekadar tempoh masa kita masih hidup. Bahkan sering berlaku dalam sebahagian perjalanan usia kita lagi, iaitu sebelum kita mati, cinta itu telah pudar atau terungkai sama sekali. Cinta yang diagung-agungkan dan dipuja-puja itu hancur berkecai.

Di sini barulah kita sedar bahawa cinta kepada makhluk atau cinta daripada makhluk bukanlah cinta yang hakiki atau sejati. Itu hanya cinta sementara waktu. Kita sahaja yang menyangka cinta itu sejati dan sampai ke hujung. Rupa-rupanya dalam perjalanan umur, cinta kita kepada orang lain atau cinta orang lain kepada kita, dengan sendirinya dia ataupun kita sendiri yang mengungkainya semula atas sebab-sebab yang berrnacam-macam.

Oleh kerana itulah, mencintai makhluk selalu mengecewakan kita sekalipun bukan satu kesalahan. Jadi jangan meminta, menagih atau mengharapkan sangat untuk mencintai manusia atau dicintai oleh manusia walaupun ia tidak salah. Cinta itu tidak abadi.

Sebaliknya berilah dan terimalah cinta yang kekal abadi. Itulah cinta agung namanya. Iaitu cintakan Allah yang Maha Agung. Inilah cinta yang hakiki, yang sejati, yang kekal abadi dan membawa kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di Akhirat.

Cintakan Allah ini tiada tandingan dan bandingannya. Cinta ini jika berjaya diperolehi adalah cinta yang paling memuaskan dan menenangkan. Buahnya paling menghiburkan dan paling membahagiakan. Tetapi malangnya cinta yang hakiki dan agung ini jarang orang ambil perhatian. Jarang orang memburunya seperti cinta-cinta murahan yang lain. Mungkin daripada jutaan manusia, hanya seorang yang memburunya.

Kalau seseorang itu telah mencintai Allah, walaupun seluruh makhluk memusuhinya atau membencinya, namun dia tetap mendapat kebahagiaan dan ketenangan. Sebalikriya cinta kepada makhluk tidak akan membawa manusia kepada kebahagiaan sejati dan kekal abadi, selagi cinta hakiki lagi agung daripada Allah itu tidak dimiliki. Sebab itulah orang yang beriman dengan Allah dan mentaatiNya sentiasa tenang walaupun di dalam kesusahan dan ujian.

Oleh yang demikian, kalau kita tidak dapat memiliki cinta daripada manusia, usahlah bersedih hati kerana cinta itu tidak abadi. Pun tidak hakiki dan sejati. Kalau begitu, cari dan burulah cinta yang agung, iaitu Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya.

Sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya, amat beruntunglah hidupnya di dunia dan Akhirat. Di antara keuntungan yang diperolehinya ialah:

1.Tiada kecewa
Seseorang itu tidak akan kecewa dalam percintaannya merebut cinta agung. Seandainya semua makhluk di bumi dan langit berlumba-lumba merebut cinta Tuhan, tidak ada siapa yang akan kecewa bahkan Maha Kuasanya Tuhan dapat membalas cinta semua makhluk-makhlukNya serentak dari yang sekecil-kecilnya hinggalah yang sebesar-besarnya. Tiada siapa yang akan kecundang dan kecewa dalam perebutan mencari cinta agung.

2.Tiada saingan

Tidak akan berlaku saingan, pertarungan, permusuhan atau peperangan dalam mencari cinta Tuhan. Sebaliknya dalam perebutan mencari cinta dunia sama ada cinta manusia, biasanya akan berakhir dengan permusuhan dan akan ada yang kecewa dan menderita.

3. Mendapat ketenangan dan kebahagiaan
Mendapat cinta Tuhan akan membuahkan ketenangan, kedamaian, keamanan dan kebahagiaan yang hakiki. Jiwa lapang, hati senang dan tenang. Bahkan kesengsaraan, kesakitan atau penderitaaan dalarn usaha meraih cinta agung itu pun sudah merupakan sebahagian daripada kebahagiaan. Kadangkala hati resah, cemas dan bimbang apakah cintanya terhadap Tuhan itu berbalas. Dalam keresahan cemas dan bimbang itu terubat pula dengan keyakinan bahawa Tuhan itu Maha Luas RahmatNya. Maka di situ pula bertambah lagi ketenangan. Sesekali terasa diri lemah, dhaif dan lalai, tertebus pula dengan pengaduan serta bermanja-manja dengan Allah SWT yang Maha Pengasih. Bertambah pula mendalamnya rasa kehambaan. Sebaliknya merebut cinta dunia akan menimbulkan keresahan dan tiada ketenangan di jiwa. Walaupun dunia yang dicintai itu sudah ada di tangan, namun fikiran masih kusut.
Mereka yang gagal mendapat dunia yang dicintai dan diburunya itu pula sudah rarnai yang sakit jiwa dan berputus asa. Bahkan ada yang sanggup bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan yang tidak kekal itu.

4. Dapat kawan dan perpaduan

Bersama-sama mencari Tuhan membawa manusia berukhuwah dan berkawan. Walaupun manusia itu dari berlainan latar belakang, bangsa, pangkat, kedudukan malah jika pernah menjadi musuh sekalipun, namun di dalam perjuangan merebut cinta Tuhan, secara automatik setiap hati manusia itu akan terikat satu sama lain. Kerana masing-masing sedang dalam perlumbaan mencari cinta yang satu iaitu cinta yang hakiki. Sebaliknya pertarungan dalam merebut cinta dunia akan mengakibatkan ukhuwah dan persahabatan makin jauh dan terbarai. Akhirnya akan membawa kepada pecah belah dan permusuhan.

5. Menghilangkan mazmumah
Mencari cinta Tuhan dapat membantu menghilangkan mazmumah. Mazmumah adalah sifatsifat keji yang terdapat dalam diri manusia seperti hasad, dengki, sombong, ego, tamak, gila dunia dan lain-lain. Mazmumah dapat merosakkan segala kebahagiaan dan ketenangan di dalam jiwa seseorang insan. Perlumbaan mencari cinta Tuhan adalah salah satu proses paling berkesan dalam usaha seseorang manusia meruntuhkan mazmumah di dalam jiwa.

Sebaliknya, merebut cinta dunia akan menebalkan mazmumah. Hasad dengki pasti akan berlaku dan ia bagaikan siraman baja yang menyuburkan lagi pohon mazmumah dalam diri manusia.

6. Disenangi oleh orang

Mengejar cinta Tuhan orang akan suka dan rasa senang. Tiada siapa yang akan rasa tercabar atau tergugat dalan pertarungan merebut cinta Tuhan Orang yang berusaha merebut cinta agung akan disenangi semua makhluk. Manusia senang dan sayang padanya dan para malikat juga turut mendoakannya Kerana makin ramai yang merebut mencintai Tuhan, semakin mendorong kepada tercetusnya keamanan, ketenangan dan kebahagiaan.
Sebaliknya di dalam sesuatu pertarungan atau perebutan lebih-lebih lagi perebutan cinta dunia, ramai yang tidak senang dan makin dibenci orang. Semakin sengit perebutan dunia, makin bertambahlah huru-hara dan porak-peranda hidup.

7. Tidak akan kesepian atau keseorangan

Memburu cinta Tuhan tidak akan keseorangan dan kesepian. Biarpun tiada kawan bersama, kita tidak akan rasa kesunyian dan ketakutan kerana Tuhan yang menjadi cinta agung sentiasa ada bersama. Malah Tuhan bukan sekadar boleh memerhati, bahkan boleh menjaga dan melindungi kita. Malah di waktu kita tidur, di kala kekasih yang paling hampir dan paling kita cintai pun tidak mampu untuk menjaga kita. Tuhan boleh menjaga dan mengawal kita kerana Dia tidak tidur.

Meletakkan cinta dan harap pada Tuhan akan membuatkan hati sentiasa rasa tenang dan selamat kerana kita tahu bahawa kita berada di dalam kawalan dan penjagaan satu Zat yang Maha Agung lagi Berkuasa. Sebaliknya, manusia yang menyandarkan diri kepada cinta selain Tuhan, belum tentu makhluk yang dicintainya itu dapat mendampinginya sepanjang masa lebih-lebih lagi menjadi pelindungnya setiap masa.

8. Jalannya luas dan selamat.

Mengejar cinta Tuhan jalannya luas, lapang, selamat dan menyelamatkan, manakala mengejar cinta dunia jalannya sempit, himpit-menghimpit serta memudharatkan. Begitulah beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan cinta agungnya dan malang sekali bagi sesiapa yang memburu cinta selain Tuhan.

Memburu cinta selain Tuhan dua kali malang Masa berjalan begitu laju. Tidak pernah berhenti walau sedetik. Ertinya begitu laju umur kita meningkat, setiap detik umur kita meninggalkan kita. Setiap detik umur kita berkurang. Tetapi hakikat ini jarang kita rasai. Setiap detik, kita makin jauh meninggalkan dunia dan setiap detik jugalah kita makin dekat menghampiri Akhirat. Kalaulah kita cintakan dunia, maka apa yang kita cintai itu makin hail makin jauh terpisah dari kita. Sedangkan Tuhan yang tidak pernah kita cinta makin dekat dengan kita. Alangkah malang dan terseksanya jiwa terpaksa meninggalkan apa yang kita suka dan cinta. Bertambah malang dan terseksa lagi apabila kita akan berhadapan dengan Tuhan yang tidak pernah kita cinta sepanjang hayat kita. Ertinya kita pergi ke Akhirat, mengadap Tuhan tanpa membawa apa-apa. Yang kita cinta hendak ditinggalkan, manakala yang tidak kita cinta, akan berhadapan dengan kita. Maka kita akan berhadapan dengan dua kali penderitaan, iaitu meninggalkan yang kita cinta, hendak bertemu Tuhan.

Roda umur kita makin laju ke hadapan. Dunia yang kita cinta makin jauh kita tinggalkan sedangkan Tuhan yang sepatutnya kita cinta masih jauh dari kita. Aduh, malang sekali nasib kita di sana, negara yang kekal abadi. Kenapa Tuhan perlu dijadikan cinta agung? Setiap makhluk perlu menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya kerana terialu banyak nikmat dan kasih sayang yang Allah limpahkan kepada makhlukNya. Kasih sayang Allah pada makhlukNya boleh dilihat dari dua sudut. Pertama dari sudut ilmu dan kedua dari sudut realiti yang berlaku dalam kehidupan seharian.

i. Dari sudut ilmuBanyak ayat Quran dan Hadis yang memperlihatkan kasih sayang Allah pada hamba-Nya. Di atas kasih sayang Tuhan itu, wajarlah seorang hamba itu meletakkan cinta agungnya hanya kepada-Nya.

ii. Di sudut realitinyaDalam realiti kehidupan manusia, kita wajib meletakkan cinta agung kepada Tuhan yang Maha Agung supaya dengan itu kita akan mendapat ketenangan yang agung di dunia dan Akhirat. Ini kerana:

a) Allah itulah Tuhan yang mencipta dan menghidupkan kita serta menjadikan seluruh isi dunia ini untuk kita gunakan, cuma jangan sampai menyalahgunakannya.

b) Dia jugalah Tuhan yang menjadikan Akhirat sebagai tempat tinggal kita yang abadi selepas mati. Dan jika kita beriman dengan-Nya, menyembah dan mentaati-Nya serta berbuat balk seperti yang Dia kehendaki; bukan seperti yang kita kehendaki, maka kita akan ditempatkan di dalam Syurga yang nikmatnya tidak dapat kita bayangkan di dunia ini. Tetapi kalau berlaku sebaliknya, maka azab NerakaNya pula yang akan ditimpakan kepada kita yang mana tidak dapat digambarkan penderitaannya. Mudah-mudahan Allah melindungi kita dari azab yang dahsyat dan pedih ini.

c) Allah jualah yang menciptakan suami untuk berhibur, isteri untuk bersenang-senang dan anak-anak sebagai cahaya mata penyejuk hati. Kalau begitu mengapa kita tidak mencintai Allah, Tuhan yang mengurniakan kita suami, isteri dan anak-anak itu?

d) Sewaktu kita diuji oleh kesakitan maka Allahlah yang menyembuhkan. Diberi kelegaan daripada kesakitan yang kita alami. Dikurniakan ketenangan dan kesabaran ketika berhadapar dengan kesakitan dan kesusahan. Disembuhkan selepas sakit bukankah merupakan satu nikmat Tuhan yang wajib disyukuri?

e) Allah jualah yang memberi rezeki yang tidak terhingga banyaknya yang mana dengan itulah kita dapat makan, minum, berpakaian dan lain-lain. Maka dengan itu selamatlah kita dari lapar, dahaga, telanjang dan sebagainya.

f) Kalau ada masalah atau ujian hidup, kepada Allahlah kita minta penyelesaian. Setiap hamba merasakan dia mempunyai tempat untuk mengadu dan berharap. Ada satu zat yang Maha Agung yang mana setiap hamba boleh menyandarkan segala harapan pada-Nya. Harapan itu pun sudah cukup melegakan. Itu pun sudah memadai untuk menjadikan kita manusia yang tidak berputus asa dan kecewa, harapan ini akan mengurangkan tekanan jiwa.

g) Allah menjadikan manusia sebaik-baik makhluk. Lebih mulia dan sempurna dari haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain. Malah manusia yang bertaqwa lebih mulia dari para malaikat. Manusia dikurniakan akal fikiran yang mana dengannya manusia dapat ilmu dan mampu menguasai makhluk lain walau sebesar dan sekuat mana pun makhluk itu.

h) Allah jugalah yang menggilirkan malam dan siang agar manusia dapat berehat dan bekerja sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.

Cukuplah sekadar itu senarai nikmat-nikmat yang besar yang kita terima dari Tuhan. Sebenarnya banyak lagi nikmat Allah pada kita yang kita tidak mampu kita hitung, seperti firman Allah:"Jika kamu ingin menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya."

Berdasarkan hujah-hujah di atas maka sewajarnyalah kita mencintai Allah iaitu dengan cara beriman dan menyembahNya sepertimana yang Dia mahu, bukan sepertimana yang kita mahu. Seterusnya mentaati perintah dan menjauhi laranganNya.

Sunday, October 23, 2011

mne satu nak ikot???


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.

Friday, October 21, 2011

DUNIA GLOBALISASI DAN ZAMAN AKHIRAT


 
Calvary Church 6 tingkat ini bakal menjadi kompleks gereja yang terbesar di Asia... dan kini di dalam proses pembinaannya di Bukit Jalil,Selangor.

-Jangkaan 2050 malaysia mungkin menjadi pusat penyebaran kristian terbesar di Asia kerana genetik masyarakat asia begitu lemah dan senang terpengaruh.

-Manakala tahun 2050 negara Eropah pula menjadi pusat penyebaran islam terbesar dunia berikutan kepesatan penduduknya memeluk islam --> England becomes islamic state



Sudah menjadi sunnah alam bahawa hasil dan kejayaan hanya akan datang dengan usaha dan pengorbanan.

Para pemimpin samada dari BN & PR, para alim-ulama, pemimpin NGO dan umat Islam yang prihatin dengan harga aqidah umatnya(terutama generasi akan datang) perlu memadang serius.

Gambar pembinaan : july 2011
Tanda-tanda besar Hijaunya bumi Arafah. Lahirnya ramai anak-anak hasil perbuatan zina yakni dari perkahwinan tidak sah atau perceraian yang tidak diluluskan oleh mahkamah. Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi. Keluar asap tebal dibumi Hijaz. Munculnya nabi-nabi palsu yang ke 40. Diangkat Al-Quran dan ilmu-ilmu agama (Addin) dari manusia. ...Berlaku perang besar dikawasan Kaukasus. Runtuhnya Kaabah akibat diserang oleh orang Habsyah. 3 kali gempa bumi. Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj. Bermulalah kekuasaan Dajjal. Munculnya Imam Mahdi. Turunnya Nabi Isa a.s.dan azannya mematikan Yakjuj dan Makjuj. Matahari terbit dari ufuk barat. Terdengar tiupan sangkakala pertama, kedua Tanda-tanda kecil Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi. Penaklukan Baitulmuqaddis “ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari[1] ” Zina bermaharajalela[perlu rujukan] “ "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ” Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik[perlu rujukan] Bermaharajalela alat muzik[perlu rujukan] “ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah ” Menghias masjid dan membanggakannya[perlu rujukan] “ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ” Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik[perlu rujukan] “ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim ” Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan[perlu rujukan] Ramai orang soleh meninggal dunia[perlu rujukan] “ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad ” Orang hina mendapat kedudukan terhormat[perlu rujukan] “ Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani ” Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja[perlu rujukan] “ "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad ” Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang [perlu rujukan] “ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." ” Bulan sabit kelihatan besar[perlu rujukan] “ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani ” Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita “ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim ” Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar “ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad ” Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai “ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ” Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa[perlu rujukan] Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)[perlu rujukan] “ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari ” Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda[perlu rujukan] “ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai ” Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi. -hadis bawah- Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat. -hadis bawah- Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi. -hadis bawah- Orang akan melakukan homoseksual. -hadis bawah- Akan terdapat ramai anak luar nikah. - Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.) Berkurangnya sifat amanah -hadis bawah- Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang) -hadis bawah- Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya -hadis bawah- Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya -hadis bawah- Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid -hadis bawah- Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik -hadis bawah- Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya “ Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi ” [perlu rujukan] Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan -hadis bawah- Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara... -hadis bawah- Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang) -hadis bawah- Memandang rendah kepada darah “ Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad

siapa mereka??siapa??

Intention is like the soul & actions like the body :
"If the soul leaves the body, the body dies."
(Ibn al-Qayyim)

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada Tuhan-Nya kecuali jin & manusia yang sombong diri.
Allah Taala berfirman :
Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia: dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa.
(Al-Israa' : 83)

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith &cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
Allah Taala berfirman :
(Maka janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad terhadap keadaan mereka yang demikian), kerana sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaranmu & tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar seruanmu, apabila mereka berpaling undur (disebabkan keingkarannya).
(Ar-Rum : 52)

Siapakah orang dungu?
Orang yang dungu adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tetapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu & sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Allah Taala berfirman :
“Maka celakalah orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya."
(Al-Maa'uun : 4-5)


Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.
Rasulullah saw bersabda :

“Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam gulat tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya.”

(Hadis Riwayat Imam Bukhari & Muslim)



Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yg melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata:
"Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman."
(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yg berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.
Nabi saw bersabda :
"Adapun si bakhil itu adalah orang yang apabila namaku disebutkan di hadapannya maka dia tidak mahu membaca selawat untukku."


Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca & meneliti akan kebesaran Al Qur'an & tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
Allah Taala berfirman :
Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya & ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.
(Al-Baqarah : 2)

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat & pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
Allah Taala berfirman :
Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).
(Al-Anbiyaa' : 1)

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Allah Taala berfirman :
Maka ia berkata: "Sesungguhnya aku menyukai segala yang baik (kuda), yang membuat aku tersibukan dariingat akan (kekuasan) Tuhanku, sampai matahari terbenam."."
(Shaad : 32)

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia berkata,
"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata,
"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepada kamu dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan dalam harta, jiwa & bua-buahan. Maka berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, yang apabila ditimpa musiabah mereka mengucapkan,
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un,
mereka itulah yang mendapat keberkatan sempurna dari Tuhannya & mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Al-Baqarah : 155-157)

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan & menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
Allah Taala berfirman :
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." 
(Al-Baqarah : 222) 


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada & tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Allah Taala berfirman :
" Dan ingatlah tatkala tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu & demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras "
(Ibrahim : 7)


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Allah Taala berfirman :
"Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang manghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). Lalu Kami tutup pandangan mereka maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar)."
(Yasin : 9)


Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata,
Rasulullah s.a.w brsabda :
"Perbanyakkanlah kamu sekalian mengingat sesuatu yang melenyapkan segala kelazatan, yakni MAUT".
(Riwayat At-Turmudzy)

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
Allah Taala berfirman :
"Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia & perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) & mereka di dunia tidak akan dirugikan."
(Hud : 15)


Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.
Allah Taala berfirman :
"Apakah sama orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang tidak berilmu?."
(Az-Zumar : 9)


Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak mempedulikan akan halal & haramnya akan sesuatu perkara itu.
Allah Taala berfirman :
"Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu."
(Al-Baqarah : 168)


Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid & kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
Allah Taala berfirman :
"Dan apabila dikatakan rukuk kepada mereka,
"Rukuklah," mereka tidak mahu rukuk.
(Al-Mursalat : 48)


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat & amal-amal kebaikkan.
Allah Taala berfirman :
"Katakanlah (Muhammad), "Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? (Iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengitra telah berbuat sebaik-baiknya.. Mereka itulah yang mengingkari ayat-ayat Tuhan mereka & (tidak percaya) terhadap pertemuan dengan-Nya. Maka sia-sia amal mereka & Kami tidak memberikan penimbangan terhadap (amal) mereka pada hari kiamat."
(Al-Kahf : 103-105)

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.
Allah Taala berfirman :
"Di mana sahaja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat”.
(An-Nisa' : 78)


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Rasulullah saw bersabda :
“Sesungguhnya aku diutus untuk melengkapkan akhlak yang mulia.”
(Riwayat Al-Baihaqi)


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya:
“Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya & doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” 
(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)


Siapakah orang yamg mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.
Daripada Ibn Abbas r.a :
Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w melalui (melintasi) dua kubur, lalu baginda bersabda :

“Sesungguhnya kedua-dua penghuni kubur ini sedang disiksa & mereka tidaklah disiksa kerana dosa besar, adapun yang seorang disiksa kerana tidak menjaga kebersihan diri ketika buang air kecil, sedangkan yang satu lagi kerana suka menceritakan keburukan orang.”

Kemudian Baginda s.a.w meminta satu pelepah kurma lalu dibelahnya menjadi dua lalu bersabda :
“Semoga pelepah kurma ini akan dapat meringankan siksaan mereka berdua selama ia belum kering.”
[Sahih Al-Bukhari,  no: 218, Sahih Muslim,  no: 292]


Siapakah orang yg mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.



“The best of people are those that bring most benefit to the rest of mankind.”
(Daraqutni, Hasan)


LETS MENGISLAHKAN DIRI =)
.The Beauty of Islam.

Saturday, October 1, 2011

Use your smile to change the world, don't let the world change your smile. Smile its a Sunnah :)

REMAJA AKHIR ZAMAN

seseorang terutama yang disayangi, sangat sukar di tahan.
Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana Redha-Nya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah
Ini adalah antara apa yg remaja akhir zaman sering lakukan hingga boleh terjerumus ke arah kemaksiatan..
bacalah dengan hati yang penuh dengan rasa keinsafan
MEMANDANG
Daripada pandangan itulah akan menimbulkan suatu perasaan yang akhirnya meruntun keinginan seseorang.
Jarang nikmat penglihatan ini digunakan sebaiknya. Astaghfirullah

SENTUHAN bagi saya adalah untuk melahirkan rasa cinta & kasih sayang . Tetapi, apabila seseorang mula menyentuh tangan pasangan yang bukan muhrim, terasakan sesuatu bergelora dalam jiwa. Astaghfirullah


BERSOLEK & BERHIAS menyerlahkan seri serta kecantikan.
Ramai yang akan memuji wajah, rambut & susuk tubuh yang menarik. Suruhan Allah agar menutup aurat mengikut syariat yang telah digariskan tidak mampu ditunaikan. Astaghfirullah

HARUMAN yang digunakan sering membuat orang lelaki berasa senang untuk bersama.
Alangkah bangganya apabila mereka terpesona & tergoda. Astaghfirullah


DUDUK berdua-duaan bagi sesetengah mereka yang sedang bercinta apa salahnya selagi mereka tidak melakukan zina. Sesekali mereka perlukan privacy.
Lagi pun mereka kata, bukannya buat apa-apa. Tetapi, bila berdua-duaan begini, dorongan syaitan sukar ditepis. Percayalah sahabatku.

HIBURAN menjadi pengubat kesunyiaan bagi mereka yang sedang kesunyian & kesepian.
Tanpanya terasa kosong dunia ini. Selalu bersama kawan-kawan lelaki & perempuan ke pesta, wayang atau konsert. Masa banyak dihabiskan begitu daripada melakukan ibadat & kadang-kadang sukar mengawal batas-batas pergaulan. Astaghfirullah


JIKA BENAR LELAKI ITU MENCINTAIMU
Dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum menikah denganmu
Dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum menikah denganmu
Dia tidak akan MELIHAT AURATMU sebelum menikah denganmu
Dia takkan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK : )

Kita kena ingat
CINTA bukan pada ‘couple’
CINTA juga bukan pada ‘I love you'
CINTA tak terletak pada ‘I miss you’
Dan CINTA bukan pada ‘can I touch you?
Kerana itu semua CINTA nafsu semata-mata
Bicara CINTA suci itu akan terucap saat lafaz ijabkabul dilafazkan
Ketika itulah tujuan CINTA menjadi kerana ALLAH

Allah Taala berfirman :
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
(Al-Israa' : 32)

JOM MENGISLAHKAN DIRI
.The Beauty of Islam.

CINTA,NAFSU DAN TAUBAT

 



Dalam sebuah hadis, diriwayatkan tentang seorang
penjahat yang ingin bertaubat. Ia masuk ke masjid.
Ketika itu Rasulullah S.A.W sedang mengimamkan solat.
Setelah menunaikan solat mereka berbincang-bincang dan
penjahat yang ingin bertaubat itu mendengar Rasulullah
S.A.W berkata, "Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu
yang haram maka akan memperolehinya ketika sudah
halal."

Setelah Rasulullah S.A.W dan para sahabat bersurai,
pemuda itu turut meninggalkan masjid. Hatinya masih
ragu untuk mengutarakan taubatnya. Namun ucapan Nabi
tadi amat terkesan di hatinya.

Malam pun menjelang. Suasana yang sering menggoda
dirinya untuk melakukan keburukan. Tiba-tiba dia
berhasrat untuk merompak salah sebuah rumah yang
dihuni oleh seorang janda. Ternyata di rumah janda itu
terdapat banyak makanan yang enak dan pasti mengundang
selera. Ketika dia sedang memulakan suapannya
tiba-tiba dia teringat kata-kata Rasulullah S.A.W.
siang tadi. Akhirnya dia tak jadi makan.

Tatkala beranjak ke bilik ke bilik lain, dia menjumpai
perhiasan dan wang yang banyak. Dan ketika dia hendak
mengambilnya, sekali lagi dia teringat kata-kata
Rasulullah S.A.W. Lalu dia membatalkan niat jahatnya.
Setelah itu dia masuk pula ke sebuah bilik yang besar.
Didapatinya janda mu'minah itu sedang terbaring tidur
dengan lenanya. Apabila ternampak wajah janda yang
cantik dan rupawan itu, dia tergoda dan bermaksud
untuk melampiaskan nafsunya. Namun tiba-tiba dia
teringat kembali kata-kata Rasulullah S.A.W tadi.
Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram ia
akan memperolehi barang tersebut ketika ia sudah
halal.

Akhirnya, sekali lagi beliau membatalkan niat
jahatnya. Lalu dia pergi meninggalkan rumah itu dengan
hati yang lega kerana mampu mengalahkan nafsunya.

Fajar mula menyinsing. Penjahat tadi pergi menunaikan
solat subuh di masjid. Kali ini dia bertekad, dia akan
bertaubat di hadapan Rasulullah S.A.W. Setelah solat,
beliau duduk menyendiri di satu sudut masjid, merenung
kembali peristiwa yang baru dialaminya malam tadi. Dan
menghitung betapa besar dosanya andai perbuatan itu
dilakukan.



Ketika matahari terbit datanglah seorang wanita ke
masjid dan menceritakan kepada Rasulullah S.A.W.
kejadian semalam di rumahnya. Walaupun tiada barang
yang hilang namun beliau khuatirkalau-kalau pencuri
itu datang menyelidik semalam dan akan datang lagi
malam nanti. Wanita itu juga memohon kepada Rasulullah
S.A.W. agar sudilah mencarikan seorang yang sanggup
menjaga rumahnya. "Kenapa kau hidup sendirian?" tanya
Rasulullah S.A.W padanya. Wanita itu menjawab bahawa
suaminya telah meninggal dunia.

Rasulullah S.A.W mengarahkan pandangannya kepada
seorang yang sedang duduk menyendiri di satu sudut
masjid. Rasulullah S.A.W bertanya pada lelaki tersebut
(penjahat tadi), adakah beliau sudah beristeri?

Setelah Rasulullah S.A.W mengetahui bahawa lelaki itu
telah kematian isterinya, maka baginda menawarkannya
seorang calon isteri. Lelaki itu terdiam begitu juga
janda yang mengadu tadi. Mereka sama-sama malu. Tetapi
Rasulullah S.A.W yang arif kemudian mengikat kedua
insan itu menjadi suami isteri yang sah. Dan, pecahlah
tangis lelaki itu, lalu diceritakannya kepada
Rasulullah S.A.W peristiwa yang sebenarnya, dan bahawa
pencuri itu tidak lain adalah dirinya sendiri.

Wanita itu keluar dari masjid dari masjid diiringi
lelaki yang kini telah menjadi suaminya. Mereka
berjalan beriringan menuju rumah yang malam tadi
hampir dicerobohinya. Disana makanan-makanan yang enak
masih utuh seperti yang dilihatnya malam tadi. Bezanya
sekarang, makanan itu sudah tidak haram lagi. Maka
tanpa ragu-ragu makanan itu disantapnya.

Wang, emas dan perhiasan yang hendak dicuri, kini
sudah menjadi miliknya yang halal. Bahkan dia boleh
menggunakannya untuk berniaga, tanpa haram sedikitpun.
Sementara wanita cantik yang hampir dinodainya
semalam, kini benar-benar sudah menjadi isterinya...
berkat kemampuannya menahan nafsu syaitannya.

Lelaki itu berbisik sendiri dalam hati, "Benarlah
sabda Rasulullah S.A.W, barangsiapa meninggalkan yang
haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah
menjadi halal."



Demikian indah Islam mengajar erti cinta. Cinta yang
tidak diliputi keraguan, cinta yang menimbulkan rasa
tenteram, cinta yang menumbuhkan kedamaian, cinta yang
menyuburkan keimanan dan ketaqwaan. Cinta yang apabila
kita meneguknya akan diperolehi kenikmatan yang lebih
dalam lagi.

Marilah kita menjenguk dan menyemak hati kita.
Masihkah ada cinta di sana? Sudahkah kita mengemas
cinta kita dengan kemasan Cinta Rabbani dan memberi
label halal di atasnya? Dan sudahkah kita
menyingkirkan cinta syahwat yang akan menjerumuskan
kita dalam petaka yang berpanjangan?