aku hanya hambanya

"Ya Allah berikanlah kitabku(amalanku)dari sebelah tangan kananku dan jangalah Engkau berikan kitabku(amalanku)dari tangan sebelah kiriku"

Monday, December 19, 2011

bertudung biarlah Sempurna...

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna

Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa

Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau ‘put color’ jangan macam ‘rainbow’ pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak ‘bernyawa’

"Baju nipis nampak bayang Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis"

" Pakai tudung tapi bertelanjang Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang"

23 sebab lelaki tak suke pasal wanita dan di fb....

1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril (meman sial..la)
2. Kau pintal-pintal rambut kat public dengan lidah terjelir-jelir..
3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..
4. Kau rasa comel bila kau type message ‘ewww..jum lepak..busyan lorh…umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T’ macam ayam kau tahu tak
5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying !
6. Kau pakai baju nampak sana sini kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook ‘nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh’ Perosak bahasa .
8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak punggung kau yang jatuh tu..
9. Macam shit bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali ‘kitew tengah berak..syuke syuke ^__^’
10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh ‘I am Lesbian’
11. Nyampah tahu tak kalau kau tak reti bawak barang shopping sendiri..padahal 2 3 plastik je..tu pun nak suruh balak kau..balak kau nyampah ok..bukan suka pun
12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..ape lah perangai kau
13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang
15. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak ‘she’s not my friends..please lah’
16. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka duck face
17. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..nak terajang muka kau lah
18. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?
19. Pakai tudung, baju kurung, manis..dalam wayang, dalam kereta, huih….bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, macam macam..baik tak payah pakai tu semua..selalu nampak kat highway
20. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau
21. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like ‘eww she dont have style..yucks’ emang gud gud la kau
22. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat..cam sial.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib..
23. Pakai baju sikit lagi nak nampak benda tak senonoh….konon nak bagi nampak samna sini lebih menonjol pastuh snap gamba dari atas supaya nampak sexy… buat pulak muka bersyahwat sambil lidah terkeluar.. what the hell..saje menambah bilangan owang laki masuk narakka jahanam
bukan sy tulis ni huhu marah orng bawah ni. hehe :)
Sumber : http://myfriends2u.com/blog.php?user=lan89&blogentry_id=9361

Saturday, November 26, 2011

1433 hijri

Alhamdulillah..hari ni bermulanya lembaran baru dalam kehidupan seseorang umat yang sentiasa meminta dariNya........Pada hari ini marilah kita bersama-sama berhijrah...ooppss..bukan hijrah perpindahan nabi ye tapi......hijrah ni banyak makne...hijrah yang saya ingin katakan hari ini ialah perpindahan...yakni hijrah dari semua perkara buruk yang telah kita lakukan kepada sesuatu yang lebih baik tatkala bermulanya lembaran baru ini...apapun..salam awal muharam dari saya...
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a: " Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya:" Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT."
( Riwayat Al-Bukhari)
Dengan hijrah, hati, perkataan dan perbuatan kita akan menjadi bersih dari segala maksiat, dosa dan syirik seperti kisah khalifah Umar bin al-Khathab r.a yang menarik untuk kita renungkan bahawa beliau sebelum memeluk Islam dikenali dengan julukan "penghulu para pelaku kejahatan", namun setelah berhijrah, beliau menjadi pemimpin yang disegani, tawaddhu' dan suka menolong orang miskin, menjadi tonggak bagi berkembangnya agama Islam. Hakikatnya hijrah sangatlah berat, kerana di samping harus memiliki kesabaran, kita juga dituntut memiliki keteguhan aqidah dan keyakinan agar tidak mudah termakan dengan pujuk rayu dan godaan dari kenikmatan dunia yang fana.Marilah kita sama-sama melakukan hijrah diri. Hijrah yang dapat mengubah hati dan jiwa kita. Hijrah yang dapat meruntuhkan keegoan dan sikap takbur manusia. Hijrah yang dapat meruntuhkan hati dan jiwa yang keras. Hijrah yang memberi kesedaran kepada kita bahawa segala yang kita lakukan di dunia ini adalah semata-mata untuk mendapatkan cinta dan redha Allah.
 
Lakukanlah hijrah diri ini ketika kita masih mampu melakukan amal ibadat. Lakukan hijrah tatkala Allah memberi kelapangan masa dan kesihatan kepada kita. Lakukan hijrah diri ini ketika diri masih diberi peluang. Lakukan hijrah diri ketika diri masih muda. Lakukan hijrah diri ini tatkala nyawa kita masih belum sampai di halkum. Kelak, jika hijrah diri ini tidak disambut, kitalah manusia yang paling rugi dan paling malang di dunia dan di akhirat.
Marilah kita berhijrah bersama-sama!

Friday, November 18, 2011

bicara tanpa rasa

Allah.. Allah.. Allah..
lama terasa blog tak diupdate..
bukan kerana tak mahu..
tapi..
tulah.. banyak melakukan maksiat punca hati mati..
tapi..
di saat banyak melakukan maksiat, Allah masih sudi untuk menegur kesalahan.
"maka mana satu nikmat Tuhan yang mau kamu dustakan?"
lama tak berkata-kata.. tidak mencoret cebisan rasa..
dek kerana bait-bait cinta Allah..
"Mengapa kamu mengatakan perkara yang tidak kamu kerjakan?" dan... ini amatlah DIBENCI Allah...
itulah...



takut untuk memberi.. kerana takut diuji dengan pemberian.. tapi, selama mana kita mahu menerima tanpa memberi?.. sanggupkah untuk kita memberi alasan di hadapan Allah.. mengapa tidak mahu memberi, sedang kamu menerima? 

kerana takut memberi kata, maka tiada perkongsian..
sedang, ilmu yang bermanfaat yang diamal dan disebar..
sampai bila diri mahu menjadi penerima...
tidak ingatkah diri pada kata-kata
"sampaikanlah dariku walaupun satu ayat"

saya tak sihat ni..

"tak sedap badan la"
..pergi la jumpe dokter
..makan la ubat
"pedih ulu hati la"
..makan la gaviscon..ia cepat melegakan ^_^
"sakit perut la"
..sapu la minyak
..makan la pil chi ki teck aun

hurm... kita sangat-sangat alert kalau tak sihat badan. tak sihat luaran. kita sanggup jumpa doktor, pergi 'emergency ward', sanggup buat apa-apa untuk sihatkan badan...

"doktor, saya batuk+selesema+demam.."
..baiklah... mari saya check suhu badan..
..tarik nafas, hembus, tarik, hembus..
..ok, tunggu kat luar ye.. nanti saya bagi ubat..
"ni ubat awak. semuanya ada 4"
.. ubat demam makan 3 kali sehari..
.. ubat batuk makan 2 kali sehari..
..selesema makan 3 kali sehari..
..antibiotik 3 kali sehari..
"semua makan selepas makan ye"
..harga semua RM51..

thumbs up!!! USAHA TANGGA KEJAYAAN.. lepas jumpa doktor ni, mesti kita ikut apa yang dokter kata.. makan ubat, jangan makan itu.. jangan makan ini.. mesti kite ikut kan... BAGUS!!!
TAPI...

"awak.. JIWA saya tak TENANG la"
.. saya cepat marah la
.. saya susah nak buat baik la
.. saya susah bangun subuh la

ramai yang kurang ALERT dengan kesihatan dalaman.. bagus.. sangat bagus sebab ramai yang take note dengan kesihatan luaran.. 

"2 nikmat yang sering dillupakan iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang.."
tapi, kesihatan dalaman juga penting. ramai yang sangat RISAU kalau badan rasa nak demam. tapi,bila dalaman tak sihat, kita tak nak usaha untuk cari ubat die..  teringat pada halaqah mahgrib-isyak, ulasan sedikit mengenai buku "Ubat Hati" ditulis oleh Ustaz Afif ...

sedikit cuma nak berkongsi... antara yang ingat ubat hati...

  • 1     Bacalah al-Quran berserta maknanya
  • 2.    Qiamullail
  • 3.     Mengosongkan perut (berpuasa)
  • 4.      Zikrullah


sebenarnya, ada 5+2 semua ubat hati dalam buku ni.. yang lain..nak tahu,
JOM PAKAT BELI+BACA!!!  kan mudah ubat hati ni.. 


"tak perlu bebelanja lebih"
..tiada hutang @ kad visa


APA YANG DIPERLUKAN HANYA...

"melawan nafsu untuk mengUBAT HATI"
..bukan mudah
TAPI
..bukan mustahil

bercakap dan menulis
memang mudah
tapi untuk melaksanakan
bukan senang, tapi tak mustahil
takut nak menulism kerana takut diuji
tapi, kalau tak sampaikan
macam mana pula
hanya berkongsi apa yang tahu
andai tersalah atau tercicir kereta api
mohon untuk semua menarik semula menaiki gerabak itu
wallahu'alam

kata kata yahudi laknatullah

JANGANLAH UMAT ISLAM BERMIMPI UNTUK MENGALAHKAN YAHUDI SEHINGGA BILANGAN MEREKA YANG SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI MASJID MENYAMAI BILANGAN YANG DATANG UNTUK SOLAT JUMAAT!!

...

Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah. Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM. Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman.
...
❝BeRi haTiMu unTuk ALLAH,paSti ALLAH teMUkan peMiLik TerBaik, hamParkan MasaMU seluAsnya unTuk ALLAH, paSti ALLAH atuRkan seLuruh hiDupMu seBaikNya...❞
...
وَلاَ تُكْثِرُ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ
“Janganlah kamu membanyakkan ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati” [Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Majah]